Skip to main content

Posts

Oh CRUSH !!!

Lain macam kan topik harini ? HAHAHAHA Seriously, I really think I'm in love. Nak tahu tak, semalam sis keluar dgn crush ! OMG!! Hahahaaha apa daa.. Sis sendiri pon taktau macam mana boleh tiba-2 nak ajak En Crush lepak. Yes, sis yg ajak dia. Hahaha Nampak macam perigi cari timba kan ? Ahhh lantak lahh. Yg penting sis dapat "dating" dgn dia semalam.  Ceritanya macam ni, semalam sis ada tournament netball. Ok tu bukan pointnya. Balik dari tournament tu sis dah terlentang dah kepenatan. Tidurlah sekejap kat ruang tamu sampai ke petang. Bangun dari tidur tu, sis pun pegi lah mandi apa semua. Siap makan lagi. Sekali tengok jam masa tu belum pukul 8 lagi. Hah sudahh.. Dah settle semua benda kan, jadilah boring. Tak tahu nak buat apa. Pastu baring-2 lah main henfon. Duk belek itu ini, scroll sana sini. Tiba-2 teringat kat En crush. Hahaha Masa tu taktau lah apa yg sis fikir. Sis boleh pulak pegi whatsapp dia ajak lepak. Yee, ajak dia lepak. Lepastu dia reply, ...

Resepi Berbuka Untuk Sebulan Puasa

Nah resepi utk sebulan RESEPI SEBULAN TAK PAYAH PENING-PENING Menu: 1. Ayam Panggang Bermadu 2. Udang Masak Serai Wangi 3. Ikan Siakap Kukus 4. Ikan Masak Berlada 5. Ikan Kerapu Masak Asam Manis 6. Ayam Masak Cendawan Ala Cina 7. Pajeri Nenas 8. Mee Hailam 9. Ketam Bertelur 10. Ayam Kepak Masak Minyak Bijan 11. Nehari (Kari Kambing Kashmir) 12. Ikan Tiga Rasa 13. Ikan Pari Lemas!!!! 14. Tandoori Kurau 15. Tom Yam 16. Nasi Ayam Hakka 17. Mee Rebus 18. Gulai Tempoyak Ikan Kembung 19. Ayam Golek Seri Pahang 20. Kari Kepala Ikan 21. Black Pepper Steak 22. Gulai Tempoyak Ikan Kembung 23. Asam Pedas Tumis (Melaka) 24. Soto Ayam 25. Nasi Paprik 26. Nasi Dagang 27. Mee Bandung Muar (resepi asli Muar) 28. Gulai nenas ikan kering orang utara 29. Ayam Bercili masak ketumbar 30. Ayam Masak Lomak Cili Api Nogori Style ________________________________________ Ayam Panggang Bermadu Bahan-bahan: 1kg kepak ayam 1 senduk besar minyak bijan 2 senduk besar madu (kala...

Temanku yang sejati.

Awan mendung bertukar menjadi titisan hujan di petang hari ini. Baru seketika tadi aku mendengar hilai tawa keriangan kanak2 bermain di taman. Suasana menjadi sunyi cuma berselang seli dgn dentuman kilat. Seronok bila dapat jadi seperti kanak2,tak perlu fikir tentang apa2 masalah. Alangkah seronoknya kalau aku mampu menjadi seperti mereka semula. Bukan aku tak mahu menjadi dewasa, kesal ? Langsung tak pernah terlintas difikiran aku menyesali menjadi seorang yg dewasa. Malah aku bersyukur kerana diberi peluang oleh Allah SWT untuk menikmati hari2 yg berlalu sehingga saat ini. Lumrah kehidupan lah jika kita ada masalah kan ? Semua orang ada masalah mereka sendiri. Bagaimana cara mereka berhadapan dgn masalah itu yg membezakan kita semua.  Kita perlu ingat, setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya. Allah tak menjadikan sesuatu tanpa sebab. Jadi, yakinlah dengan ketentuanNya.  Sahabat ? Kawan ? Aku yakin, semua orang pasti ada sahabat atau kawan yang sentiasa ada ketika ...

Aku, Jejaka Idaman & Maldives.

Assalamualaikum. Hari ni aku nak cerita lagi. Cerita pasal diri aku yg tak berapa nak keruan sekarang ni. Ntah kenapa aku asyik fikir pasal Maldives. Ada yg taktahu ke Maldives tu apa? Actually, aku dah jatuh hati dgn Maldives ni since..  Since when pun aku tak pasti. Hee Aku teringin sgt nak pergi sana one fine day. Atau mungkin honeymoon aku nanti, aku nak pegi sana. Seriously, nampak tak nak mula dah? Haha Fikir pasal Maldives, terfikir pasal nak kawin. Hihi Tak sedar diri lagi tu exam, assessment pun belambak-2. Macam mana nak kawin ? Haha Aku ni kuat sgt berangan kot. Tu pasal lah asyik terbayang-2 jee.. Hehehe teruk dah ni. Tp dgn sape? Wallahualam lah. Jodoh tu kan rahsia Allah. Kalau aku minat gila-2 nak mati pun, kalau takde jodoh tak guna jugak. So, aku pasrahkan hati aku ni. Cuma ada sorang je lelaki yg buat aku gila sgt. Ntah kenapa aku sendiri taktahu. Puas aku cuba untuk lupakan and lumpuhkan dia dari ingatan aku. Tetap jugak ada, te...

Story of the day.

Persahabatan itu sepertimana agaknya ya ? Adakah aku sedang memusnahkan persahabatan aku sendiri. Aku selalu macam tu, dah buat pastu menyesal. Tp salah ke apa aku buat? Takut nnt ada yg salah tafsir. Kata aku buat mcm tu sbb cemburu. Actually, untuk apa aku nak cemburu kan? Aku cuma rasa benda tu annoying je. Beragaklah kalau ya pn. Mmg lah betul kau berperangai mcm tu even dgn family kau sendiri. Tp please laa, sekarang kau x duduk dgn family, kau duduk dgn kawan2. Kawan2 pulak membesar dgn cara yg lain. Aku taklah suruh kau berubah 100% untuk puaskan hati orang lain tp at least kau ubahlah sikit cara kau tu. Jgn buat atau bawak perangai kau masa dgn family kau kt sini. Kau pikir org lain akan layan kau the way your family treated you? Aku pun bukannya bagus sgt. Dgn family aku? Aku pun teruk jgk, malas ke degil ke tu semua standard la dgn family sendiri. Family pn dah paham kau, and dorg darah daging kau. Kau buat lah perangai mcm mana sekalipun, dorg xkan sampai tahap benci. Tp ...

Doaku hari ini

Assalamualaikum. Harini aku masih lagi menanti dan mengharapkan sesuatu yg baik akan berlaku. Dalam kesibukan dan kekalutan dunia di luar sana, aku tetap menanti dengan penuh sabar. Aku hanya berharap dan mampu berdoa agar Allah menetapkan yang terbaik untukku. Tiada lagi kata yg mampu aku luahkan kerana hatiku sendiri tidak mengerti apa yang aku nantikan. Aku tidak boleh menyalahkan takdir. Ya benar, ini memang takdirku. Oleh kerana itulah aku perlu bersabar. Aku tahu, Dia mengujiku saat ini kerana dia tahu akan kemampuanku.  Aku masih teringat akan kata-kata seorang teman kepadaku. "Awak ni kuatkan?" Aku hanya tersenyum dam berkata dalam hati. Aku dapat merasakan yg aku takkan menjadi sekuat dan seteguh ini andai tiada doa dari ibubapa, andai tiada sokongan dari ahli keluarga, andai tiada kata semangat dari kawan-kawan.  Ya Allah, aku memohon padaMu agar penantianku ini berakhir dgn sesuatu yg baik. Amin ya rabbal al amin.

Note to myself.

Persamaan aku dgn matahari ? Dah tentu2 la xsama tapi kalau dikaitkan dgn metc and rc ni baru aku faham, persamaan aku dgn matahari tu..matahari ada satu je, and kat sini aku pun satu jgk, sorang je perempuan kat sini. Tak kisahlah apa pun maksudnya aku tetap kena positif. Fikir yang positif je sudah, tak payah fikir apa orang lain fikir pasal kita. Banyak lagi benda yang berfaedah yang boleh dibuat daripada fikir pasal orang lain. Aku kat sini ada tanggungjawab aku sendiri. Pedulikan apa orang nak cakap, nak pandang rendah ke apa, abaikan je lah.  Hari ni, insyaAllah aku datang dgn semangat yang baru. Berazam untuk berjaya. Satu je lagi. Kena kuat semangat. Ingat balik jasa dan pengorbanan mak dgn abah. Aku tak boleh mengalah, bayangkan perasaan mak dgn abah kalau dorang tahu apa yang berlaku pada aku kat sini. So, just keep calm and be positive. Belajar sungguh2.