Skip to main content

Jangan Marah Nanti Kena Jual..

Assalamualaikum blogger..
Nak tau apa yang CikManis maksudkan dengan tajuk kat atas tu??
Haa..Jom laa baca2 tentang niy..hehe

Before that, CikManis nak tau jugak ada tak antara korang yang suka marah2??
Haa..jangan marah nanti kena jual..hehe
Korang tau kan yang marah tu datangnya dari syaitan.
So, agak-agak lepas niy rasa nak marah tu cepat-cepatla istighfar ye..
CikManis pun kadang-kadang cepat marah jugak tapi bila fikir-fikir balik tak elok lah..
Muka pun nampak buruk je..hehe..
Jangan terasa pulak..CikManis tuju kat diri sendiri je niy..

Haa..sebenarnya CikManis ada story pasal orang yang suka marah-marah niy..
Nak tau??Jom & teruskan membaca ya..

Ceritanya macam niy..
Ada seorang anak niy, dia suka sangat marah-marah..
Kadang-kadang sampai tak terkawal..
Satu hari, si anak niy bertanya kepada bapanya.
"Bapa, macam mana saya nak kawal perasaan marah niy??"
Lalu si bapa menjawab, 
"Anakku, kalau kamu rasa nak marah cepat-cepat ambik paku & paku ke dinding".

Si anak mengamalkan apa yang dikatakan oleh bapanya.
Setiap kali dia ingin marah, cepat-cepat dia memaku paku ke dinding.
Sehinggalah jumlah paku yang dipaku itu mencecah 70 biji paku terdapat pada dinding itu.

Si bapa menegur anaknya, 
"Wahai anakku, apakah yang kamu rasa setelah kamu memaku paku-paku itu pada dinding?"
Si anak menjawab,
"Saya berasa lega wahai bapa".
Si bapa berkata lagi,
"Baiklah, sekarang kamu cabut kembali paku-paku itu"'
Si anak akur & terus mencabut paku-paku itu.
Si bapa bertanya,
"sekarang apa yang kamu lihat?"
Si anak menjawab,
"Saya dapat melihat kesan paku yang saya paku sebelum ini bapa".
Si bapa memegang bahu anaknya sambil berkata,
"Anakku, apabila kamu berasa marah kamu akan memaku dinding ini bukan? 
Kamu akan juga akan berasa lega selepas itu bukan?
Bapa ingin berkata pada kamu bahawa, sebelum ini kamu suka melepaskan marah kepada orang lain.
Kamu juga akan berasa lega setelah melepaskan perasaan amarah kamu pada orang lain.
Ketahuilah anakku, setiap apa yang kamu lepaskan kepada orang lain, 
dia boleh memaafkan tetapi dia tidak akan boleh melupakan.
Oleh itu anakku, jagalah emosimu.
Jangankan kerana sikap kamu memarahi orang lain, orang lain memendam rasa tentang itu.
Semua orang boleh 'forgive but never forget'".
Si anak tersentuh lalu segera meminta maaf.

Haa..macam tulah storynya..
Ingat tau, kalau nak marah sekalipun janganlah lepaskan pada orang lain.
Kesian tau, x pasal-pasal je kena marah.
Orang lain pun ada perasaan..
Okeylah,harap-harap korang boleh ambil iktibar dari story yang CikManis share niy..

PeaCe !!

Comments

Popular posts from this blog

3 stages of LOVE

“We fall in love with 3 people in our lifetime. Each one for a specific reason. First Love: This love often happens at a young age. You eventually grow apart or call it quits over silly things. When you get older you may look back and think it was not love. But the truth is, it was. It was love for what you knew love to be. Remember: There are different depths of love. Second Love: The hard one. You get hurt in this one. This love teaches us lessons and makes us stronger. This love includes great pain, lies, betrayal, abuse, drama, and damage. But this is the one where we grow. We realize what we love about love and what we don’t love about love. Now, we know the differences between good and bad humans. Now, we become closed, careful, cautious, and considerate. We know exactly what we want and don’t want. Third Love: This one comes blindly. No warning. It creeps on you silently. You don’t go looking for this love. It comes to you. You can put up any wall you want, it will be ...

Kenapa Budak Hostel Suka Tidur Dalam Kelas ????

 Dear blogger..Hai3.. Hmm.. Sedang mencari topik yg menarik niy. Eh korang perasan tak? Bila kat sekolah dulu, budak hostel selalu dikaitkan dengan tidur dalam kelas. Kenapa ekk??? Ada sape2 tahu tak?? Erm..dari dulu lagi hajar musykil pasal niy. Yelah, hajar niy dari form1 sampai lah form 5 tinggal kat hostel. Nak tahu jugak la kan kenapa. Dari dulu selidik tapi x dapat2. Hehe.. Selidik lah sangat..                                                          Macam Niy la gaye nye bila cikgu xde..  Fullammakkkkk..korang tengok la tu.. Bukan sorang dua je yang tidur. Semua beb! Ape kes niy?? Hahaha..  Suke hati plak ekk hajar niy, padahal dulu pn gitu jugak jadi nye..hehe  Erm tapi tu dulu sekarang xleh dah sebab memanjang duduk kat rumah. Yelah, dah xsekolah kan. Hehehe.  Dulu kan kat sekolah budak hostel selalu ke...