Setelah lama menyepi.. Hari ini aku datang dengan kisah yang baru.
Pastilah ada cerita baru, kalau tak sudah pastinya berhabuk blogku ini.
Tapi, seingat aku.. post-2 aku memang lebih kepada kisah hidup aku.
Tak tahu mana nak mula, yang sedih dahulu kah? yang gembira dahulu kah?
yang bosan atau yang sebagainya kah?
yang bosan atau yang sebagainya kah?
Apalah yang aku merepek ni..
Ahh sebenar sekarang kepala otakku sedang serabut.
Entah apalah yang disemakkan aku pun tak tahu.
Dulu bercinta, berjanji sumpah setia.. Tp kini semua hanya tinggal kenangan dan sesalan..
Apa semua ni sebenarnya?.. Kdg-2 apa yang kita lalui dalam hidup ni tak pernah kekal pun.
Semua tu untuk mengajar kita erti hidup yang sebenar.
Dan juga membuat kita berfikir dengan lebih matang.
Seperti apa yang aku alami.
Bercinta?? Wait ! Adakah itu dipanggil bercinta?
Cinta tu apa sebenarnya?
Layakkah aku untuk bercakap soal cinta?
Banyak persoalan yang tiada sahutan jawapan.
Kalau tak tahu apa itu cinta, tak payah lah bercakap soal cinta.
Setiap orang ada persepsi masing-2.
Ada pandangan masing-2 tentang cinta.
Okay, pada aku CINTA itu adalah KETAWA & AIR MATA.
Tahu kenapa aku kata macam tu?
Yelah, ketika bercinta ramai orang yang bahagia.
Kerana cinta, ada juga yang terluka.
Itulah adat bercinta.
Jika takut untuk menangis, tak perlulah bercinta.
Jika ingin rasa bahagia, hargai cinta.
Cinta yang aku maksudkan bukanlah cinta monyet, kucing, beruk dan sebagainya.
Aku mengeluarkan pendapat aku secara umum.
Kdg-2 manusia ni lupa, alpa dan sebagainya.
Mereka akan lupa di saat mereka bahagia tetapi mereka akan ingat di kala mereka sedih.
Aku saran kan. tak perlu beriya mencari cinta kerana segalanya telah DIA tentukan.
Tak perlu takut, jika ada, maka akan adalah nanti.
Kalau bercinta bagai nak rak tapi putus di tengah jalan kan sia-2 namanya tu.
Cinta pada bunga, ia akan layu.
Cinta pada manusia, ia akan mati.
Cinta pada Allah, bahagia dunia akhirat.
InsyaAllah.
Aku berdoa seandainya ada jodoh yang ditetapkan untukku, ku berharap agar dikurniakan seorang yang pengasih & penyayang serta dapat membimbing aku ke jalan yang di redhai. Amin ya rabbal al amin.
Comments
Post a Comment
Assalamualaikum..
Agak Dah Bace tu komen-komen laa..
Hehe..Ce Komen Ce Komen..