2013 melabuhkan tirai, menjengah sudah 2014 tetapi aku masih di sini mengejar mimpi yang belum pasti. Entah di manakah penghujung jalan hidupku ini. Sehingga saat ini hati masih gundah mengenangkan nasib yg masih belum berubah. Sedih hati mengingati pesan mak yg menyuruh aku belajar bersungguh2. Bukan aku tak mahu, aku juga mahu berjaya dan melihat mak dan abahku gembira. Tetapi bagaimana caranya? Tidak aku tahu apa yg mereka mahukan. Sudah aku melakukan sebaik yg mungkin. Entah di mana silapnya, tidak aku tahu.
Ya Allah, aku ingin berjaya. Aku ingin melihat kedua ibu bapaku bahagia. Kau permudahkanlah urusan hidupku. Kau bantulah aku dan kuatkanlah semangat aku untuk menghadapi semua ini. Ku bermohon padamu, kau berilah aku kekuatan dan kesabaran untuk semua ini. Amin ya rabbal al amin..
Comments
Post a Comment
Assalamualaikum..
Agak Dah Bace tu komen-komen laa..
Hehe..Ce Komen Ce Komen..