Hi semua !! Now, I'm ready for next entry. Day 2 in KRABI !!
Okay, mula dengan Bismillah dulu. :)
Haaa Day 2 ni ialah hari membakar dan memanggang kulit. OMG ! Dah laa kita ni memang putih, bertambah-tambah laa putih masak garing kat sana. HAHA
Untuk day 2 and day 3 ni kitorang ambik pakej. Asalnya nak ambik pakej full 4H3M tapi memandangkan masing-masing nak merasa jadi backpackers ala ala orang bujang. So, kita pun reduce kan kos kat situ sikit. Kitorang just ambik pakej yang besar-besar je. Contohnya macam snorkeling and island hopping, town tours and a few activities tu. Untuk activities tu nanti aku cerita untuk Day 3 punya okayy ? Hihi
Okay, pagi tu kitorang bangun awal sikit sebab nak cari breakfast dulu sebab dalam pakej tu xde breakfast. Just ada lunch je.
So, ini breakfast kitorang. Nasi minyak & Nasi kerabu. Ada roti canai tu tapi dia macam garing sangat. Hihi
Lepas breakfast, kitorang balik hotel and tunggu orang yg pakej tu ambik kitorang untuk pegi snorkeling pulak.
Tunggu sampai 8.30am mcm tu ada van sampai. Orang siam, and tak pandai sangat speaking. Tp still boleh communicate lah. Dia bawak kitorang pegi ke pantai kat mana ya. Lupa sudah.. Haha
Kat situ tempat kumpul laaa. Sampai je kitorang di brief sikit pasal pulau-pulau yg kitorang nak pegi tu and berapa ramai yg pegi semua. Actually, asalnya kitorang nak ambik Phi Phi Island tapi sebab ada borak-borak dengan makcik tepi jalan. Katanya time tu Phi Phi Island cam kotor sikit. So, kitorang pun pilih pegi 4 Islands by long tail boat. Mindset aku, ingat kan long tail boat yg kayu tuh. Sekali macam speed boat jugakk daa. Total group kitorang yg pegi tu 18 orang sekali dgn tourist guide tu. Dia suruh panggil dia "BEST". Sebab kalau nak bagitau nama siam dia. Siapa yg boleh ingatkan ? berbelit lidah pn nak sebut.
Ni lepas briefing and sambil-sambil menunggu passengers lain sampai. Cantik tak ?
Bila semua dah complete. Kitorang pun naik lah boat. Untuk mulakan aktiviti memanggang kulit. Hihi
Sempat selfie dulu dengan diorang. Serius sporting.
First, diorang bawak kitorang pergi Chicken island!
Tapi just untuk bergambar je. :D
Tudiaaa Chicken Island. Nampak tak bentuk dia ? Or maybe nampak macam itik sebenarnyakan ? Hihi
Okay next, diorang bawak kitorang pergi PhraNang Cave Beach.
Fyi, PhraNang tu maksud dia princess !
New info okayy.
Ni kat PhraNang Cave Beach. Kat sini ramai gila orang. Diorang ramai-ramai cari princess kot. Padahal ni haaa, princess tengah bergambo kat bawah pokok ni ha. Hahaha
Move to next destination.
Okayyy, cantik dan kemas kan gambar ni ? Masa ni dekat Tup Island. Berenti sini untuk bergambo lagi. Hihi
#MissionPolaroid kan ?
Tapi serius wehhh.. Pulau kat sana sangat-sangat lah cantik. Air dia sangatlah jernih. Fuhhh !
Dan selepas itu, kitorang bergerak ke Poda Island. Kat sini kitorang stop lama sikit. Sebab sekali dengan lunch.
Nampak tak kat situ masing-masing dah mula hangit. Hahaha
Lepas lunch, masih ada masa lagi. So, selfie lah lagii. Hihi
Dalam pukul 2.30 pm macam tu, kitorang dah berangkat pulang. Dah cukup masak dah kot.
Ohh yaaa.. Gambar time snorkeling takde pulak. Sebenarnya ada, tapi jauh pulak dia pergi sampai tak jumpa. Haha
So, kitorang pun bergerak balik. Dah puas bergambar, dah puas main air. Dan yang paling penting, dah masak sangat. Hahaha
Okay, balik lah kita. Badan pun dah letih. Sebelum tu, masa on the way balik. Kitorang tamplom dulu untuk turn mandi. Yelaa.. kat hotel ada satu toilet je kot. Sekali mmg luck daa. Orang first dapat mandi ! Hahahaha Kesian yg lain. Mesti penat dan geram kan ? Tabah okayy ? Hihi
Petang tu kat hotel, lepas siap mandi apa semua semua terbongkang. Penattttt !
Tapi disebabkan perut sudah meminta-2 untuk diisi, pakat-2 bersiaplah untuk pergi mencari makan.
Kali ni jalan kaki je sebab skuter dah pulang kan.
Jalan kaki, banyak jugak lah kedai yg kitorang usya. Tp awek aviasi 03 ni cerewet sikit, dia usya sampai ke dapur, tukang masak semua. Baru lah jumpa kedai yg okay sikit. Kitorang ikutkan saje, sebab dia yg lapar lebih. And lagi satu nasib baik lahh dia ni boleh cakap siam sikit. So, boleh lah tawar menawar harga. Mission terselamat la sikit dari penipu ke apa. Hihi
So, here's our dinner. Tom yam gong dengan ape kebenda tak ingat. Powerr !!
Lepas dinner, tak banyak aktiviti pun. Just jalan-2 then balik hotel. Rehat.
Okayy, done penaklukan KRABI day 2 !
Jangan lupa baca pengembaraan Day 3 Awek Aviasi ye ! Stay tune :)
Comments
Post a Comment
Assalamualaikum..
Agak Dah Bace tu komen-komen laa..
Hehe..Ce Komen Ce Komen..