Hi, Assalamualaikum semua. I'm back !!
Kali ni dengan tajuk lain macam sikit.
Entry kali ni pasal kisah anak-anak gadis yang baru berjinak-jinak dalam bidang travelling. Haha
Mission pertama untuk awek-awek ni adalah untuk menakluki KRABI !!
Takluk laa sangat kan. Hahahaha
Okay, sebenarnya kitorang plan ni dah lama dah. Actually, tiket tu yg dah beli lama. Last year dalam middle of the year tak silap. Sis cakap laa kat diorang, kita beli je tiket. Nanti confirm jadi. Haha\
Betul lah kan? Memang jadi.
Waktu kat sana lewat sejam dari waktu kita kat Malaysia.
So, kitorang sampai sana dalam 8 lebih jugak. Sampai je airport kitorang terus ambik shuttle bus pergi ke Aonang. Sebab kitorang punya hotel kat sana.
So, kitorang sampai sana dalam 8 lebih jugak. Sampai je airport kitorang terus ambik shuttle bus pergi ke Aonang. Sebab kitorang punya hotel kat sana.
So, here is our place to sleep. 3 Bees Guesthouse.
Kitorang sampai hotel tu still pagi lagi, check in nye petang. So, kitorang just tinggalkan barang2 je kat situ then terus sewa skuter. Hihi
Harga sewa skuter ni, 100 baht per person. So, kitorang sewa 2 skuter je.
Lepastu kitorang start jalan2 cari makan and berjalan2 ke pantai Aonang.
Ni menu breakfast cum lunch kitorang. Nasi campur je. Lapar terokkkk !
Di tengah2 panas pun sanggup, asalkan dapat bergambo. Haha
Lepas dah kenyang and dah puas berjalan kat pantai Aonang. Kitorang pun balik ke hotel untuk check in. Dekat je pantai Aonang ni dgn guesthouse tu. Dalam 5 minit je naik skuter tu.
Kitorang pn check in then berehat sekejap sambil tunggu sorang lagi awek aviasi. Dia lambat sikit sbb flight dia tengahari. Kitorang bagi dia direction apa semua. Then dia gerak sendiri dari airport sampai lah ke depan pintu hotel. haha kental sangat. Sebenarnya kitorang seludup je sorang lagi tu. Nasib baik dia berani buat slumber je masuk sampai ke bilik. Terbaik kan awek aviasi 05 ! Hihi
Petang sikit kitorang keluar balik untuk cari makan lagi. Kitorang pergi ke pasar malam diorang. Lupa nama tempat tapi pasar malam tu memang hari2 ada. Disebabkan sewa skuter 2 bijik je, kitorang naik lah bertiga 1 skuter tu. haha Tp aku rasa benda tu macam takde masalah pun sebab diorang kat sana macam tak pelik pun kitorang naik bertiga. Lepas habis je cari makanan dekat pasar malam tu. Kitorang terus gerak ke Gastropod Fossil Beach. Sebenarnya itu tempat shopping pakaian murah. Baju-baju ke souvenirs ada jual kat situ. Tapi kitorang pergi tu dah petang, kedai pun dah banyak tutup. So berbekalkan makanan yg kitorang shopping kat pasar malam tu. Kitorang picnic dekat pantai tu.
Gastropod Fossil Beach
Hasil tangkapan kat pasar malam. Hihi
Awek Aviasi. Makanan. Selfie.
Dah makan kenyang, hari pun makin gelap. So kitorang pun beransur meninggalkan Fossil Beach. And now we're heading to Aonang Muslim Street. Kat sana pun tempat shopping jugak. Dia macam gerai tepi jalan. Ada jual baju-baju, beg and barang-barang souvenirs jugak. And makan juga. Hihi Dijamin halal. Sebab tu nama tempat tu Aonang Muslim Street.
Tapi disebabkan masih kenyang, kitorang just jalan-jalan cuci mata jelah sambil-sambil survey barang yg nak shopping. Tapi survey je dulu. Sebab nak habiskan duit untuk aktiviti-aktiviti Day 2 and Day 3 dulu. Planning nya, shopping tu biarlah malam last. Hihi
Okay, kalau datang Krabi. Jangan lah lepaskan peluang untuk try Pancake Yamilah.
Serious talk, sangat-sangatlah sedap. Tak tipu punya. Dia kedai tepi jalan jugak. Actually dia macam foodtruck tp bukan truck. Dia motor. Haha Namanya Rotee Yamilah.
Yg ni kitorang order Banana Nutella, Banana Chocolate and Honey Pineapple.
Fuhh terbaikk toqqq rasa dia.
Kitorang lepak makan ni dekat tepi pantai Aonang 2.
Lepas makan then feeling-2 angin pantai tu. Kitorang pun dah rasa cam penat sikit. So we decided utk balik hotel rehat.
On the way balik tu ada lah kejadian sikit. Hihi Tapi kejadian tu simpan jelah sebagai memori terindah kat Aonang dari Awek-awek Aviasi. Hihi
Yeayyyyy! Done Al Kisah Penaklukan Krabi Day 1!!
Comments
Post a Comment
Assalamualaikum..
Agak Dah Bace tu komen-komen laa..
Hehe..Ce Komen Ce Komen..