Skip to main content

Posts

Story of the day.

Persahabatan itu sepertimana agaknya ya ? Adakah aku sedang memusnahkan persahabatan aku sendiri. Aku selalu macam tu, dah buat pastu menyesal. Tp salah ke apa aku buat? Takut nnt ada yg salah tafsir. Kata aku buat mcm tu sbb cemburu. Actually, untuk apa aku nak cemburu kan? Aku cuma rasa benda tu annoying je. Beragaklah kalau ya pn. Mmg lah betul kau berperangai mcm tu even dgn family kau sendiri. Tp please laa, sekarang kau x duduk dgn family, kau duduk dgn kawan2. Kawan2 pulak membesar dgn cara yg lain. Aku taklah suruh kau berubah 100% untuk puaskan hati orang lain tp at least kau ubahlah sikit cara kau tu. Jgn buat atau bawak perangai kau masa dgn family kau kt sini. Kau pikir org lain akan layan kau the way your family treated you? Aku pun bukannya bagus sgt. Dgn family aku? Aku pun teruk jgk, malas ke degil ke tu semua standard la dgn family sendiri. Family pn dah paham kau, and dorg darah daging kau. Kau buat lah perangai mcm mana sekalipun, dorg xkan sampai tahap benci. Tp ...

Doaku hari ini

Assalamualaikum. Harini aku masih lagi menanti dan mengharapkan sesuatu yg baik akan berlaku. Dalam kesibukan dan kekalutan dunia di luar sana, aku tetap menanti dengan penuh sabar. Aku hanya berharap dan mampu berdoa agar Allah menetapkan yang terbaik untukku. Tiada lagi kata yg mampu aku luahkan kerana hatiku sendiri tidak mengerti apa yang aku nantikan. Aku tidak boleh menyalahkan takdir. Ya benar, ini memang takdirku. Oleh kerana itulah aku perlu bersabar. Aku tahu, Dia mengujiku saat ini kerana dia tahu akan kemampuanku.  Aku masih teringat akan kata-kata seorang teman kepadaku. "Awak ni kuatkan?" Aku hanya tersenyum dam berkata dalam hati. Aku dapat merasakan yg aku takkan menjadi sekuat dan seteguh ini andai tiada doa dari ibubapa, andai tiada sokongan dari ahli keluarga, andai tiada kata semangat dari kawan-kawan.  Ya Allah, aku memohon padaMu agar penantianku ini berakhir dgn sesuatu yg baik. Amin ya rabbal al amin.

Note to myself.

Persamaan aku dgn matahari ? Dah tentu2 la xsama tapi kalau dikaitkan dgn metc and rc ni baru aku faham, persamaan aku dgn matahari tu..matahari ada satu je, and kat sini aku pun satu jgk, sorang je perempuan kat sini. Tak kisahlah apa pun maksudnya aku tetap kena positif. Fikir yang positif je sudah, tak payah fikir apa orang lain fikir pasal kita. Banyak lagi benda yang berfaedah yang boleh dibuat daripada fikir pasal orang lain. Aku kat sini ada tanggungjawab aku sendiri. Pedulikan apa orang nak cakap, nak pandang rendah ke apa, abaikan je lah.  Hari ni, insyaAllah aku datang dgn semangat yang baru. Berazam untuk berjaya. Satu je lagi. Kena kuat semangat. Ingat balik jasa dan pengorbanan mak dgn abah. Aku tak boleh mengalah, bayangkan perasaan mak dgn abah kalau dorang tahu apa yang berlaku pada aku kat sini. So, just keep calm and be positive. Belajar sungguh2. 

Lelaki dan cinta

Lelaki.. Hari ni ak just nak story about a few types of lelaki.. Dalam dunia yg Allah bg pinjam ni, sedar tak sedar sebenarnya ramai lelaki yg ak jumpa kebanyakannya berlainan tingkah laku dan perangai. Semua orang ada perangai tersendiri kan.. Ditambah pula ak berada di dalam dunia kerjaya lelaki ni, macam-2 jenis perangai yang ak jumpa. Selama ni ak ingat perempuan je yang menyerabutkan kepala otak. Hakikatnya lelaki pun sama. Aku tak tahu dari mana ak patut mula. Aku ada jumpa lelaki yang sangat-2 caring atau mungkin boleh dikategorikan baik la. Tapi masalah dia ni, dia baru jugak la couple and dia sangatlah setia. Ak ni kira kawan rapat dia jugak lah, bila minta tolong tak pernah pun kalau dia tk buat, semua dia buat, cuma biasalah bila kita dah minta tolong dia, bila dia minta tolong balik, takkan la kita tak tolong kan.. tak sampai hati tu semestinya..  Sebenarnya dia ni okay je tapi mungkin dia terlalu caring pasal gf sampaikan terlupa yg kwn dia ni pun pere...

You

You were there to light my day.. You were there to guide me through.. From the day I down and on.. I never stop thinking of you.. How can I forget all that.. When you're the one who makes me smile.. Your love has been a part of me.. How I wish you were still mine.. For all the things I've done and said.. For all the hurt that I've caused you.. I hope you will forgive me Baby.. Cause that wasn't what I meant to do.. Never will forget that day.. How we have met and came this far.. We both know we got this feeling and  Somehow it has to end up here.. I know its me who said goodbye.. And that the hardest things to do.. Because you mean so much to me.. And guided the truth from me to you..  Deeply from my heart :')

Diari hati

2013 melabuhkan tirai, menjengah sudah 2014 tetapi aku masih di sini mengejar mimpi yang belum pasti. Entah di manakah penghujung jalan hidupku ini. Sehingga saat ini hati masih gundah mengenangkan nasib yg masih belum berubah. Sedih hati mengingati pesan mak yg menyuruh aku belajar bersungguh2. Bukan aku tak mahu, aku juga mahu berjaya dan melihat mak dan abahku gembira. Tetapi bagaimana caranya? Tidak aku tahu apa yg mereka mahukan. Sudah aku melakukan sebaik yg mungkin. Entah di mana silapnya, tidak aku tahu.  Ya Allah, aku ingin berjaya. Aku ingin melihat kedua ibu bapaku bahagia. Kau permudahkanlah urusan hidupku. Kau bantulah aku dan kuatkanlah semangat aku untuk menghadapi semua ini. Ku bermohon padamu, kau berilah aku kekuatan dan kesabaran untuk semua ini. Amin ya rabbal al amin..

Mati Itu Pasti.

Assalamualaikum.. Setelah sekian lama mendiamkan diri, hari ni baru berpeluang untuk menaip di laman blogger ni.. Aku sekarang seperti baru tersedar dr sebuah mimpi.. Mimpi yg aku sendiri tak tahu nak kelaskan di katagori yg mana.. Seram ? Sedih ? Baru-2 ini, sehari selepas menyambut hari raya Aidiladha, seorang teman dari tempat aku belajar telah kembali ke rahmatullah kerana jangkitan paru-paru.. Dia sebaya dgn aku.. Aku sendiri terkejut mendengar berita pemergian dia untuk selama-lamanya.. Kini, aku tersedar yg mati itu akan datang pada bila-2 masa.. Aku terasa banyak dosa-2 yg telah aku lakukan..  Dalam sedar mahupun tidak.. Walaupun aku tak berkawan rapat dgn dia Aku sendiri tak tahu kenapa aku seolah-2 terkenangkan dia Mungkin aku baru terfikir akan kebenaran ttg kematian ini.. Ya Allah, telah banyak dosa yg aku lakukan. Kau ampunkanlah dosaku ya allah. Aku tahu bahawa mati itu pasti. Cepat dan lambat sahaja bezanya.  Ya Allah, ka...