Skip to main content

Posts

Showing posts from March, 2014

Doaku hari ini

Assalamualaikum. Harini aku masih lagi menanti dan mengharapkan sesuatu yg baik akan berlaku. Dalam kesibukan dan kekalutan dunia di luar sana, aku tetap menanti dengan penuh sabar. Aku hanya berharap dan mampu berdoa agar Allah menetapkan yang terbaik untukku. Tiada lagi kata yg mampu aku luahkan kerana hatiku sendiri tidak mengerti apa yang aku nantikan. Aku tidak boleh menyalahkan takdir. Ya benar, ini memang takdirku. Oleh kerana itulah aku perlu bersabar. Aku tahu, Dia mengujiku saat ini kerana dia tahu akan kemampuanku.  Aku masih teringat akan kata-kata seorang teman kepadaku. "Awak ni kuatkan?" Aku hanya tersenyum dam berkata dalam hati. Aku dapat merasakan yg aku takkan menjadi sekuat dan seteguh ini andai tiada doa dari ibubapa, andai tiada sokongan dari ahli keluarga, andai tiada kata semangat dari kawan-kawan.  Ya Allah, aku memohon padaMu agar penantianku ini berakhir dgn sesuatu yg baik. Amin ya rabbal al amin.