Skip to main content

Posts

Showing posts from August, 2014

Temanku yang sejati.

Awan mendung bertukar menjadi titisan hujan di petang hari ini. Baru seketika tadi aku mendengar hilai tawa keriangan kanak2 bermain di taman. Suasana menjadi sunyi cuma berselang seli dgn dentuman kilat. Seronok bila dapat jadi seperti kanak2,tak perlu fikir tentang apa2 masalah. Alangkah seronoknya kalau aku mampu menjadi seperti mereka semula. Bukan aku tak mahu menjadi dewasa, kesal ? Langsung tak pernah terlintas difikiran aku menyesali menjadi seorang yg dewasa. Malah aku bersyukur kerana diberi peluang oleh Allah SWT untuk menikmati hari2 yg berlalu sehingga saat ini. Lumrah kehidupan lah jika kita ada masalah kan ? Semua orang ada masalah mereka sendiri. Bagaimana cara mereka berhadapan dgn masalah itu yg membezakan kita semua.  Kita perlu ingat, setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya. Allah tak menjadikan sesuatu tanpa sebab. Jadi, yakinlah dengan ketentuanNya.  Sahabat ? Kawan ? Aku yakin, semua orang pasti ada sahabat atau kawan yang sentiasa ada ketika susah dan