Skip to main content

Posts

Showing posts from February, 2012

Jangan Marah Nanti Kena Jual..

Assalamualaikum blogger.. Nak tau apa yang CikManis maksudkan dengan tajuk kat atas tu?? Haa..Jom laa baca2 tentang niy..hehe Before that, CikManis nak tau jugak ada tak antara korang yang suka marah2?? Haa..jangan marah nanti kena jual..hehe Korang tau kan yang marah tu datangnya dari syaitan. So, agak-agak lepas niy rasa nak marah tu cepat-cepatla istighfar ye.. CikManis pun kadang-kadang cepat marah jugak tapi bila fikir-fikir balik tak elok lah.. Muka pun nampak buruk je..hehe.. Jangan terasa pulak..CikManis tuju kat diri sendiri je niy.. Haa..sebenarnya CikManis ada story pasal orang yang suka marah-marah niy.. Nak tau??Jom & teruskan membaca ya.. Ceritanya macam niy.. Ada seorang anak niy, dia suka sangat marah-marah.. Kadang-kadang sampai tak terkawal.. Satu hari, si anak niy bertanya kepada bapanya. "Bapa, macam mana saya nak kawal perasaan marah niy??" Lalu si bapa menjawab,  "Anakku, kalau kamu rasa nak marah cepat-cepat ambik paku & paku ke dinding&

Kerinduan Ini..

Dear blogger.. I'm feel lonely la.. I miss all my sweet memory when i'm a student.. Buink ! Sory for my broken english..hehe Siyezly, CikManis rindukan kawan-kawan lah sekarang niy.. Kawan-kawan masa skolah dulu.. Alamak, nape cm niy pulak.. Kalau kat skolah sekarang niy mesti seronok.. Hakikat kan bila kita dengan kawan-kawan, kita akan rasa senang je.. Even ada jugak kawan yang menyusahkan jugak kadang-kadang tu.. Hmm..agaknya ape lah korang tengah wat ea?? Aku rindu sangat kat korang.. Rindu sangat kenangan-kenangan kita.. Aku tahu korang ramai yang dah kerja sekarang.. Cari duit untuk beli fon baru,baju baru & macam-macam lagi baru.. Aku tahu jugak yang ade pegi blajar kat JMTI.. Ada jugak yang pegi PLKN.. & tak dinafikan jugak ada yang still menganggur macam aku.. Hehehe.. Tersangatlah aku rindu saat bergelak tawa dengan korang.. Teringat pulak salah-salah yang aku  buat kat korang.. Yang termarah, tertengking, "ter" yang lain-lain tu.. Aku minta maaf

Seorang paderi kalah dengan HAMBA ALLAH..

Assalamualaikum.. Korang pernah dengar tak pasal cerita niy?? Kalau yang pernah dengar tu meh la tengok same tak macam crita yang korang pernah dengar tu..Hehe Yang tak pernah pulak..meh CikManis story kan.. Kisah nya bermula begini .... Ada seorang paderi menegur seorang lelaki yang baru selesai solat di masjid. Paderi itu bertanya begini, "Hai orang muda, apakah yang kamu lakukan dengan menyembah dan meminta (berdoa) di hadapan kotak itu tadi? Adakah Tuhan kamu berada di dalam kotak itu? Tetapi belum sempat lelaki itu menjawab, telefon bimbit paderi itu berbunyi. Lalu paderi itu menganggat telefonnya. "Hello ibu, nanti saya hubungi ibu semula. Okey, sayang ibu". Lelaki itu tadi tersenyum lalu bertanya, " Kamu bercakap dengan ibu kamu? Apakah ibu kamu berada dalam alat itu (telefon bimbit)? Paderi itu terus menjawab, "Hei, apakah kau sudah gila? Tidak mungkin ibuku berada dalam alat ini. Memang dia tiada di sini tetapi saya tetap boleh berkomunikasi dengan

Jom Jadi Pendengar Yang Setia..

Assalamualaikum..Petang niy nak ajak korang wat something lahh..Wat ape?? Jom kita jadi pendengar yang setia. Heehee.. Sememangnye kan dah jadi tabiat semua orang yang lebih suka bercerita tentang diri sendiri daripada mendengar. Haa..tapi kan kalau asyik korang yang bercerita tanpa bagi orang lain bercerita mesti suasana akan jadi tak syok, hambar je. Malah, untuk orang jadikan korang sebagai kawan pn sure dia akan fikirkan dua tiga kali. Oleh itu korang2 sekalian, belajarla untuk jadi pendengar yang setia. Bagaimana caranya????? Jom kita semak sama-sama..                               Apabila orang bercerita tentang ape pn masalah janganlah korang jadi macam batu, takde perasaan pulak an..bagilah respons dengan apa yang dikatakannya. Paling tak pn anggukkan kepala & sebagainya. Berilah perhatian penuh ketika mendengar kata-katanya & janganlah sekali-kali menyampuk. Lebih bagus lagi kalau korang tanya soalan sikit untuk tunjukkan minat korang dengan apa yang diceritakan nya

Kenapa Budak Hostel Suka Tidur Dalam Kelas ????

 Dear blogger..Hai3.. Hmm.. Sedang mencari topik yg menarik niy. Eh korang perasan tak? Bila kat sekolah dulu, budak hostel selalu dikaitkan dengan tidur dalam kelas. Kenapa ekk??? Ada sape2 tahu tak?? Erm..dari dulu lagi hajar musykil pasal niy. Yelah, hajar niy dari form1 sampai lah form 5 tinggal kat hostel. Nak tahu jugak la kan kenapa. Dari dulu selidik tapi x dapat2. Hehe.. Selidik lah sangat..                                                          Macam Niy la gaye nye bila cikgu xde..  Fullammakkkkk..korang tengok la tu.. Bukan sorang dua je yang tidur. Semua beb! Ape kes niy?? Hahaha..  Suke hati plak ekk hajar niy, padahal dulu pn gitu jugak jadi nye..hehe  Erm tapi tu dulu sekarang xleh dah sebab memanjang duduk kat rumah. Yelah, dah xsekolah kan. Hehehe.  Dulu kan kat sekolah budak hostel selalu kena marah sebab tidur dalam kelas terutamanya lelaki.  Apa lah yang budak hostel buat kan sampai ngantok tahap gaban macam niy??  Kalau pelajar perempuan hajar tahu la

Belajar Kawal Perasaan Daripada SANG ARJUNA.

     Haii blogger.. Malam ni untuk elakkan bosan apa kata kita story2. Heehee.. Lupa plak,mana boleh story2 kan?Just boleh baca jer kat sini..hehe.Okeh. Hajar nak ber'story' tentang perasaan lah sikit malam ni. Korang kena tahu tau yang lelaki juga merupakan manusia biasa. Mereka juga ada ditimpa dengan masalah. Dengan cabaran yang mendatang, mereka juga laluinya dengan cara mereka tersendiri. Lelaki memang macam tu, nampak "cool" saja walaupun masalah bertubi-tubi menyelubungi diri. Kalau bab cinta, lelaki pandai untuk merahsiakan. Para gadis, moh le (mari) kita belajar kawal perasaan daripada para lelaki.                             Tumpang Lalu...hehehe..nama saya comel (ombak rindu).. Okey..Jom start belajar. Comel pun comel lah..hehe 1. Lelaki tak pernah rasa simpati pada diri mereka sendiri. Kalau mereka putus cinta, tak pernah terbawa-   bawa & bila jumpa kawan-kawan, bertanyakan teman wanitanya, dengan slumberr nye mereka jawab "Oh, ak

NABI MUHAMMAD S.A.W

Biodata Nabi Muhammad S.A.W :  Nama penuh: Muhammad bin ‘Abdullah bin ‘Abdul Muttalib bin Hashim Nama bapa: ‘Abdullah bin ‘Abdul Muttalib bin Hashim Nama ibu: Aminah binti Wahab bin ‘Abdul Manaf Nama datuk: Syaibah bin Hâsyim dikenal dengan nama ‘Abdul Muttalib Bapa-bapa saudara: • Al-Harith bin Abdul Muthalib • Muqawwam bin Abdul Muthalib • Zubair bin Abdul Muthalib • Hamzah bin Abdul Muthalib • Al-Abbas bin Abdul Muthalib • Abu Thalib bin Abdul Muthalib • Abu Lahab bin Abdul Muthalib • Abdul Kaabah bin Abdul Muthalib • Hijl bin Abdul Muthalib • Dzirar bin Abdul Muthalib • Ghaidaq bin Abdul Muthalib Nama Ibu susuan Rasulullah: - Ibu susuan pertama Thuwaibah (hamba perempuan Abu Lahab) - Ibu susuan kedua Halimah binti Abu Zuaib As-Sa‘diah (lebih dikenali Halimah As-Sa‘diah. Suaminya bernama Abu Kabsyah) Nama isteri pertama dan usia baginda berkahwin: Khadijah binti Khuwailid Al-Asadiyah pada 25 tahun Nama isteri-isteri Rasulullah: 1. Khadijah bt. Khuwailid a

LoVe Is CiNtA

Cinta amat mahal takrifnya... Itulah yang difitrah oleh Allah s.w.t kepada hambaNya.. CINTA  hanya tertulis pada perkataan, tapi gagal dilihat pada zahirnya.. kerana cinta itu tanggungjawab di mana kesetiaan & kejujuran di dalamnya... Ingat pada yang satu... Jujur pada yang setia... Setia pada yang kasih... Kasih pada yang rindu... Rindulah pada yang menyayangimu... Cinta takkan datang kalau tak dicari... Cinta juga takkan dapat kalau takde siape yang memberi... Tapi mencari biarlah pada yang sudi... Bukan meminta yang simpati...