Skip to main content

Temanku yang sejati.

Awan mendung bertukar menjadi titisan hujan di petang hari ini. Baru seketika tadi aku mendengar hilai tawa keriangan kanak2 bermain di taman. Suasana menjadi sunyi cuma berselang seli dgn dentuman kilat. Seronok bila dapat jadi seperti kanak2,tak perlu fikir tentang apa2 masalah. Alangkah seronoknya kalau aku mampu menjadi seperti mereka semula.
Bukan aku tak mahu menjadi dewasa, kesal ? Langsung tak pernah terlintas difikiran aku menyesali menjadi seorang yg dewasa. Malah aku bersyukur kerana diberi peluang oleh Allah SWT untuk menikmati hari2 yg berlalu sehingga saat ini. Lumrah kehidupan lah jika kita ada masalah kan ? Semua orang ada masalah mereka sendiri. Bagaimana cara mereka berhadapan dgn masalah itu yg membezakan kita semua. 
Kita perlu ingat, setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya. Allah tak menjadikan sesuatu tanpa sebab. Jadi, yakinlah dengan ketentuanNya. 

Sahabat ? Kawan ?
Aku yakin, semua orang pasti ada sahabat atau kawan yang sentiasa ada ketika susah dan senang. Ada sebab kenapa aku bangkitkan soal sahabat dan kawan atau teman ini. Sedar tak sedar, masa berlalu terlalu pantas. Dunia pula semakin maju. Manusia pula sibuk mengejar keinginan dan keperluan masing2. Nampak macam tiada kaitsn kan ? Sebenarnya kita sedar tak yang kita sekarang sedang hanyut bersama arus kemodenan. Tak salah kalau mengikuti perkembangan zaman, tapi menjadi salah apabila kita menyalahgunakan kemudahan yang diberikan. 

Pernah tak pada saat atau ketika kalian menghadapi masalah, sahabat kalian itu tiada bersama untuk menenangkan diri kalian? Aku yakin pasti ada yang pernah mengalaminya. Itu yang aku cuba maksudkan. Walaupun kita mempunyai sahabat dan teman, pasti ada ketika dia tiada saat kita memerlukannya. Ditambah pula di zaman moden ini, masing2 mempunyai gadjet yang mahal2, mesra di laman sosial dan sbg nya. Ada pula yang sudah ada pasangan tp belum kahwin lah (couple). Kalian rasa teman kalian akan sentiasa ada ke bila kalian perlukan mereka. Saya kata tidak, kerana mereka juga mempunyai kehidupan mereka sendiri. Mereka juga ada masalah mereka sendiri. Mereka mungkin boleh jadi pendengar luahan masalah kalian tapi kita tidak tahu kan apa mereka benar2 pendengar yg setia buat kita. 

Nah..sebab itu lah saya nak ingatkan. Sebenarnya masih ada teman yang setia bersama kita. Kalian tahu siapa? 
Allah SWT. Ya, Dia lah yang saya maksudkan. Sedar atau tidak sebenarnya Dia selalu perhatikan kita. Senang cerita kita mmg tak pernah terlepaslah dr jagaan Dia. Di saat kita perlukan kawan kita tapi dia tiada, ingatlah Allah itu sentiasa ada. Nak menangis? Merintih? Ya, boleh. Dia Maha Mendengar. Luahlah pada Nya. Mintalah pada Nya. Merintihlah pada Nya. Saat kita ada masalah, carilah Dia. Dia sudah sediakan jalan penyelesaian buat kita. Kenapa kita perlu ego tak mahu minta pada Nya? Sedangkan Dia tak rugi apa2. 
Saat hati bercelaru, fikiran berserabut? Ingatlah dia. Hanya dgn mengingati Dia, hati kita menjadi tenang. 
Nak bercakap dengan Nya?? Solatlah, berdoalah. Nak Dia bercakap dgn kita?? Bacalah Al-Quran & fahamilah Al-Quran. 

Sesungguhnya kita hambaNya yang lemah. Kita memerlukan bantuan dan pertolongan dariNya untuk menghadapi hari2 kita. Pesan pada diri. Kita ada Teman yang sejati. Dan ingatlah bahawa Dia tidak pernah jauh. 

Comments

Popular posts from this blog

Course break..

Haii.. Hah..excited gile bila dapat course break and balik kampung.. Even kampung "tak"lah jauh mana bak kata sesetengah orang tu.. Aku tetap excited..Yelaa..Yang lagi dekat tu boleh la selalu balik.. Untunglah kan.. Yela..KL dgn Perak memang tak jauh..tapi pandang lah sama Perak tu kat mana.. Perak aku ni bukan macam kat Tapah.. Tuu..hujung tuu... huhu Okay..sebenarnye nak story pasal perjalanan pulang aku tempoh hari..hoho Adventure betul lahh.. Banyak betul rintangan.. Firstly,petang jumaat hari aku nak balik tu.. Aku tunggu lah bas dkt bus stop dpn umah tu.. Tunggu punya tunggu.. Bas sampai..tp..rosak pulak la kt depan tu.. Pastu driver tu cakap tunggu bas belakang..okay.. Tunggu lagii..tapi xsampai-sampai pn.. Hadoiii..ponat den nunggu... Dah la hujan time tu..sabau jo laaa.. Masa tu aku tunggu dgn senior ak 2 org nak balik Melaka.. Tiket dorang dahla kul 8.30.. Nasib la tiket aku kul10.30.. Bas rapid pulak la buat hal..Time2 camtu dengan

Menanti..

Haii..  Sedar xsedar dah 16 hari dah puasa.. Makna nya raya pn dah dekat.. Bulan puasa kali niy memang terasa cepat sangat berlalu.. Pejam celik dah cukup sebulan.. Sementara ada peluang niy guna lah sebaik mungkin kan.. Ramadhan setahun sekali je.. :)) Erm..Org cakap xelok mengeluh,nanti rezeki susah nak masuk.. Tapi niy dikira mengeluh ke eh? Entah bila la nak sampai turn nak masuk belajar niy.. Org lain dah hampir setengah semester dah.. Xniat nak mengeluh sebenarnye.. Tapi ntah la..xtahu nak cakap macam mana.. Bila tengok org lain rasa teringin je.. Tapi ada setengah yang cakap untunglah boleh rehat.. Kadang2 terpikir untung jugak.. Tapi bila dah lama2 bosan menanti.. Hati... Kena lah banyak bersabar dalam penantian.. Tenang & doa banyak2... Insyaallah ada rezeki.. Ada laa..  :))))

Bila hati dah sayang

Hati sedih..hati pedih.. Tuhan uji kita sebab dia sayang kita kan?? Ya Allah.. Meski aku selalu lalai menunaikan suruhanMu.. Aku alpa menjalankan tanggungjawabku.. Aku harap..Tetap ada ruang untuk aku di sisi Mu..  Kuatkanlah aku.. Kuatkanlah keimananku.. Setiap manusia tak pernah lari daripada melakukan kesilapan.. Dulu..aku pernah kecewakan orang lain.. Walaupun aku tahu itu bukan salah dia.. Sekarang aku faham..Aku mengerti perasaan orang bila dikecewakan.. Bodohnya aku kerana mudah percaya.. Bodohnya aku kerana mudah terima.. Tak semua orang akan dapat peluang kedua.. Tapi ramai orang yang mempersiakan peluang pertama.. Sangat aneh perasaan ni.. Datang tak diundang..Pergi pun tanpa dipinta.. Kenapa harus jadi begini.. Karma kah ini?? Aku yang pilih untuk jadi macam ni.. Terima jela baik buruknya.. Kalau dia betul-2 sayangkan aku.. Kenapa masih ada rahsia..? Kenapa macam nak sembunyikan sesuatu..? Aku usaha bina kepercayaa