Skip to main content

Oh CRUSH !!!

Lain macam kan topik harini ? HAHAHAHA
Seriously, I really think I'm in love. Nak tahu tak, semalam sis keluar dgn crush !
OMG!! Hahahaaha apa daa..
Sis sendiri pon taktau macam mana boleh tiba-2 nak ajak En Crush lepak.
Yes, sis yg ajak dia. Hahaha Nampak macam perigi cari timba kan ? Ahhh lantak lahh. Yg penting sis dapat "dating" dgn dia semalam. 
Ceritanya macam ni, semalam sis ada tournament netball. Ok tu bukan pointnya. Balik dari tournament tu sis dah terlentang dah kepenatan. Tidurlah sekejap kat ruang tamu sampai ke petang. Bangun dari tidur tu, sis pun pegi lah mandi apa semua. Siap makan lagi. Sekali tengok jam masa tu belum pukul 8 lagi. Hah sudahh.. Dah settle semua benda kan, jadilah boring. Tak tahu nak buat apa. Pastu baring-2 lah main henfon. Duk belek itu ini, scroll sana sini. Tiba-2 teringat kat En crush. Hahaha
Masa tu taktau lah apa yg sis fikir. Sis boleh pulak pegi whatsapp dia ajak lepak. Yee, ajak dia lepak. Lepastu dia reply, "Lepak?? Kat mana?? Dgn Siapa ??"
Boleh pulak dia tanya dgn siapa, sis ajak dia kan. Haha Tapi takpe, memang patut pun dia pelik. Yelahhh, kitorang ni cakap pun jarang, contact apatah lagi. Ni pulak ajak lepak. Tak ke pelik budak tu ? Hihi 
Lepastu sis pun reply tanya dia tgh free ke ? Then dia xjawab tapi dia tanya lagi nak lepak mana ? And dia tanya lagi "Kita 2 ke, ke bertiga berempat?" 
Eh dia nii kan.. Hahaha Sis reply, "kte dua jelaa.. tak ok eh berdua?"
Dia jawab, "okay je..takut org lain yg xokay. Haha So, nak lepak mana? Bila?"
Sis pun tgh blur masa tu, sis tanya laa "Sape org tu??" Then dia cakap, sis laa. HAHA
Ingatkan dia nak cakap gepren dia marah ke apa.
So, duk pikir-2 taktau nak pi mana. Sis ajak laa dia lepak Ground Cabin Cafe kat Plaza Masalam sana tu. Tempat hipster lepak kot tuh. Hahaha Dia pun macam okay aje. 
Dipendekkan cerita, dia pun datang lah ambik sis kat rumah. Then, kitorang pegi lah tempat yg dicadangkan tu. Ye, dia datang ambik. Hahaha Sis yg pancing dia cakap nak rajin ke nak datang sini ambik kat rumah? Dia okay je kan. So dia datang laa. Mengada kan ? Dah lah ajak lepak, pastu orang tu pulak kena datang ambik. Dah laa tempat nak lepak pon taktau kat mana. Hihi Sabo jelahh En Crush yee. 
Lepastu kitorang pon pegilah ke Ground Cabin tu. Ramailah pulak orang kan. Yelaa, malam minggu kan. Pastu kitorang pon usya-2 lah kot ada tempat kosong. Nampak lah satu meja ni kosong. Then pegi lah ke meja tu. Sekali meja tu 'reserved' laa pulak. Pastu kitorang berdiri la tepi meja tu sambil usya-2 tempat lain. Pastu ada akak sorang ni tanya kitorang berapa orang. Kitorang cakap la 2. Pastu akak tu pon alih sign 'reserved' tu and suruh kitorang duduk situ. Haha 
Kitorang pun duduk lah situ menghadap live band. Macam sweetkan ? Ada live band siap. En Crush tiba-2 tanya, "Kau reserved ke tadi?" Haaa masa tu keluar idea jahat sikit. Sis pon jawab, "Haah, reserved laa. Sweet tak? Nak tengok surprise lagi tak?" Sambil sengih. Pastu dia pon gelak and cakap " Eh takpe laa, cukup laa tu" Hahahaah takut betul-2 laa tu kan? Takut kot sis tiba-2 keluarkan kek ke apa benda kan nak confess ke apa. Hahahaha drama sangat ! Memang sis ni gila-2 orangnya tapi idok laa sampai macam tu sekali kan. Hihi
Kitorang pon borak-2 lah kat situ sementara tunggu order sampai. Tapi kan, rasa macam tak banyak pon bercakap semalam. Tapi semalam tu kira advance laa sis dapat bersembang dgn dia lama-2. Bukan sembang aje, Seronok dapat lepak dgn dia. Like seriously, betul-2 ke ni?  Rasa macam mimpi pulak. Sembang punya sembang, tiba-2 ada orang call dia. Rupa-2nya senior dia call cakap nampak dia kat situ. Senior dia lepak situ jugak. Alahaii dalam banyak-2 tempat. Tempat yg jarang-2 pegi tu jugaklah ada orang kenal. Lepastu dia pun mintak izinlah kejap pegi jumpa senior dia tu. Sis okay aje. Tapi taktau lah apa yg dia cakap dekat senior dia tu. Kantoi keluar ngn perempuan malam-2 berdua kan. Tapi sis boleh agak, dia mesti cakap sis ni kawan tempat kerja je punya. Yelaa, takkan nak cakap awek. memang mustahil lah. Hahaha Takpe, sis okay je. memang hakikat nya sis je yg suka dia pun. Nama pun crush. Dia mungkin anggap kawan biasa je. Takpelah, itu pun dah cukup happy dah. Hahaha
So, sembang punya sembang lepak punya lepak tunggu punya tunggu, order tak sampai sampai. Hmm air je yg sampai. Taktau lah dorg lupa ke apa. Kesian En Crush. Mungkin dia lapar. Time tu dah pukul 12, live band pon dah habis. So, kitorang decide laa nak blah je takyah tunggu order tu. Dia macam lapar. Tapi kenapalah dia tak bagitau sis. Kalau tak, bolehlah blah awal sikit cari makan tempat lain. Then dia tanya nak ke mana pulak. Alaa sis failed betul kalau orang tanya port-2 makan ka dating ka kat Shah Alam ni. Haha Sis cakap kita cari mamak jelah kat Seksyen 7. Round-2, kat sana pon ramai orang jugak. Terpaksa lah mengalah pergi lepak mamak yg dekat-2 dgn rumah sis. Sebenarnya bukan apa. Takut terserempak dgn budak-2 tempat kerja je kalau lepak mamak yg dekat dgn rumah. Tapi kitorang pegi jugak. Nasib baik takde budak-2 tu kat situ. Hihi
Sis pon order lah maggi goreng telur mata, dia order mee goreng mamak. Sekali sampai maggi goreng dgn mee goreng mamak telur mata. Haha Boleh tertukar tempat pulak telur tu. Sengaja betul mamak tu nak bg kitorang buat adegan sweet. Hahaha
Sis makan sambil borak-2 dgn dia. Tapi dia tak makan sgt pon. Dia cakap tak sedap. Huhu Kesian dia. Dah lah macam lapar, sekali tak sedap pulak. Sis makan habis tp dia tak habis. Tak lama lepas tu dekat-2 pukul 2 dah. Dia pun ajak balik. Sis okay jelah. Takkan tak pulak kan. Tapi kalau ikut hati nak aje stay lama lagi dgn dia. Hahaha gatai.
Dia pun hantar lah sis balik. Sampai kat guard dia cakap, sebenarnya perut tak sedap ni tu yg ajak balik awal. Ala kesian dia. Mesti sebab lapar. Mesti dia rasa worst date ever dgn sis semalam. Hahaha
Tapi dia macam menafikan je sis cakap dia lapar tapi tak bagitau. Hihi Pastu dia pon balik.
Alahaiii.. Happy nya dapat keluar dgn awak En Crush. Sebenarnya banyak jugak laa perkara-2 lain yg sweet-2 jadi. Tapi takpelah, yg selebihnya biar sis simpan sbg memori je.Hoho
So itulah kisahnya. Dari ajak-2 ayam. Jadi betul. Kerja gila betulkan? Hihi 
Hai senangnya dalam hati! Hihi
I think I'm in love, babe ! 

Comments

Popular posts from this blog

Course break..

Haii.. Hah..excited gile bila dapat course break and balik kampung.. Even kampung "tak"lah jauh mana bak kata sesetengah orang tu.. Aku tetap excited..Yelaa..Yang lagi dekat tu boleh la selalu balik.. Untunglah kan.. Yela..KL dgn Perak memang tak jauh..tapi pandang lah sama Perak tu kat mana.. Perak aku ni bukan macam kat Tapah.. Tuu..hujung tuu... huhu Okay..sebenarnye nak story pasal perjalanan pulang aku tempoh hari..hoho Adventure betul lahh.. Banyak betul rintangan.. Firstly,petang jumaat hari aku nak balik tu.. Aku tunggu lah bas dkt bus stop dpn umah tu.. Tunggu punya tunggu.. Bas sampai..tp..rosak pulak la kt depan tu.. Pastu driver tu cakap tunggu bas belakang..okay.. Tunggu lagii..tapi xsampai-sampai pn.. Hadoiii..ponat den nunggu... Dah la hujan time tu..sabau jo laaa.. Masa tu aku tunggu dgn senior ak 2 org nak balik Melaka.. Tiket dorang dahla kul 8.30.. Nasib la tiket aku kul10.30.. Bas rapid pulak la buat hal..Time2 camtu dengan

Menanti..

Haii..  Sedar xsedar dah 16 hari dah puasa.. Makna nya raya pn dah dekat.. Bulan puasa kali niy memang terasa cepat sangat berlalu.. Pejam celik dah cukup sebulan.. Sementara ada peluang niy guna lah sebaik mungkin kan.. Ramadhan setahun sekali je.. :)) Erm..Org cakap xelok mengeluh,nanti rezeki susah nak masuk.. Tapi niy dikira mengeluh ke eh? Entah bila la nak sampai turn nak masuk belajar niy.. Org lain dah hampir setengah semester dah.. Xniat nak mengeluh sebenarnye.. Tapi ntah la..xtahu nak cakap macam mana.. Bila tengok org lain rasa teringin je.. Tapi ada setengah yang cakap untunglah boleh rehat.. Kadang2 terpikir untung jugak.. Tapi bila dah lama2 bosan menanti.. Hati... Kena lah banyak bersabar dalam penantian.. Tenang & doa banyak2... Insyaallah ada rezeki.. Ada laa..  :))))

Bila hati dah sayang

Hati sedih..hati pedih.. Tuhan uji kita sebab dia sayang kita kan?? Ya Allah.. Meski aku selalu lalai menunaikan suruhanMu.. Aku alpa menjalankan tanggungjawabku.. Aku harap..Tetap ada ruang untuk aku di sisi Mu..  Kuatkanlah aku.. Kuatkanlah keimananku.. Setiap manusia tak pernah lari daripada melakukan kesilapan.. Dulu..aku pernah kecewakan orang lain.. Walaupun aku tahu itu bukan salah dia.. Sekarang aku faham..Aku mengerti perasaan orang bila dikecewakan.. Bodohnya aku kerana mudah percaya.. Bodohnya aku kerana mudah terima.. Tak semua orang akan dapat peluang kedua.. Tapi ramai orang yang mempersiakan peluang pertama.. Sangat aneh perasaan ni.. Datang tak diundang..Pergi pun tanpa dipinta.. Kenapa harus jadi begini.. Karma kah ini?? Aku yang pilih untuk jadi macam ni.. Terima jela baik buruknya.. Kalau dia betul-2 sayangkan aku.. Kenapa masih ada rahsia..? Kenapa macam nak sembunyikan sesuatu..? Aku usaha bina kepercayaa