Skip to main content

Bingkisan Doa..

Ya Allah..
Seandainya telah engkau catatkan..
Dia milikku tercipta buatku..
Satukanlah hatinya dengan hatiku..
Titipkanlah kebahagiaan antara kami..
Agar kemesraan itu abadi..
Dan Ya Allah..ya Tuhanku yang Maha Mengasihi..
Seiringkanlah kami melayari hidup ini..
Ketepian yang sejahtera dan abadi..

Tetapi ya Allah..
Seandainya telah engkau takdirkan..
Dia bukan milikku..
Bawalah ia jauh dari pandanganku..
Luputkanlah ia dari ingatanku..
Dan peliharalah aku dari kekecewaan..

Serta ya Allah ya Tuhanku yang Maha Mengerti..
Berikanlah aku kekuatan..
Melontar bayangannya jauh ke dada langit..
Hilang bersama senja nan merah..
Agar aku bahagia..
Walaupun tanpa bersama dengannya..

Dan ya Allah yang Tercinta..
Gantilah yang telah hilang..
Tumbuhkanlah kembali yang patah..
Walaupun tidak sama dengan dirinya..

Ya Allah ya Tuhanku..
Pasrahkanlah aku dengan takdirMu..
Sesungguhnya apa yang telah engkau takdirkan..
Adalah yang terbaik buatku..
Kerana engkau mengetahui..
Apa yang terbaik buat hambaMu ini..

Ya Allah..
Cukuplah engkau sahaja yang menjadi pemeliharaku..
Di dunia dan di akhirat..
Dengarlah rintihan dari hambamu yang daif ini..
Jangan engkau biarkan aku sendirian..
Di dunia mahupun di akhirat..
Menjuruskan aku ke arah kemaksiatan dan kemungkaran..
Maka kurniakanlah aku pasangan yang beriman..
Supaya aku dan dia sama-sama dapat membina kesejahteraan hidup..
Ke jalan yang engkau redhai..
Dan kurniakanlah kepadaku keturunan yang soleh..

Amin Ya Rabbal Al Amin...

Comments

Popular posts from this blog

Course break..

Haii.. Hah..excited gile bila dapat course break and balik kampung.. Even kampung "tak"lah jauh mana bak kata sesetengah orang tu.. Aku tetap excited..Yelaa..Yang lagi dekat tu boleh la selalu balik.. Untunglah kan.. Yela..KL dgn Perak memang tak jauh..tapi pandang lah sama Perak tu kat mana.. Perak aku ni bukan macam kat Tapah.. Tuu..hujung tuu... huhu Okay..sebenarnye nak story pasal perjalanan pulang aku tempoh hari..hoho Adventure betul lahh.. Banyak betul rintangan.. Firstly,petang jumaat hari aku nak balik tu.. Aku tunggu lah bas dkt bus stop dpn umah tu.. Tunggu punya tunggu.. Bas sampai..tp..rosak pulak la kt depan tu.. Pastu driver tu cakap tunggu bas belakang..okay.. Tunggu lagii..tapi xsampai-sampai pn.. Hadoiii..ponat den nunggu... Dah la hujan time tu..sabau jo laaa.. Masa tu aku tunggu dgn senior ak 2 org nak balik Melaka.. Tiket dorang dahla kul 8.30.. Nasib la tiket aku kul10.30.. Bas rapid pulak la buat hal..Time2 camtu dengan

Menanti..

Haii..  Sedar xsedar dah 16 hari dah puasa.. Makna nya raya pn dah dekat.. Bulan puasa kali niy memang terasa cepat sangat berlalu.. Pejam celik dah cukup sebulan.. Sementara ada peluang niy guna lah sebaik mungkin kan.. Ramadhan setahun sekali je.. :)) Erm..Org cakap xelok mengeluh,nanti rezeki susah nak masuk.. Tapi niy dikira mengeluh ke eh? Entah bila la nak sampai turn nak masuk belajar niy.. Org lain dah hampir setengah semester dah.. Xniat nak mengeluh sebenarnye.. Tapi ntah la..xtahu nak cakap macam mana.. Bila tengok org lain rasa teringin je.. Tapi ada setengah yang cakap untunglah boleh rehat.. Kadang2 terpikir untung jugak.. Tapi bila dah lama2 bosan menanti.. Hati... Kena lah banyak bersabar dalam penantian.. Tenang & doa banyak2... Insyaallah ada rezeki.. Ada laa..  :))))

Bila hati dah sayang

Hati sedih..hati pedih.. Tuhan uji kita sebab dia sayang kita kan?? Ya Allah.. Meski aku selalu lalai menunaikan suruhanMu.. Aku alpa menjalankan tanggungjawabku.. Aku harap..Tetap ada ruang untuk aku di sisi Mu..  Kuatkanlah aku.. Kuatkanlah keimananku.. Setiap manusia tak pernah lari daripada melakukan kesilapan.. Dulu..aku pernah kecewakan orang lain.. Walaupun aku tahu itu bukan salah dia.. Sekarang aku faham..Aku mengerti perasaan orang bila dikecewakan.. Bodohnya aku kerana mudah percaya.. Bodohnya aku kerana mudah terima.. Tak semua orang akan dapat peluang kedua.. Tapi ramai orang yang mempersiakan peluang pertama.. Sangat aneh perasaan ni.. Datang tak diundang..Pergi pun tanpa dipinta.. Kenapa harus jadi begini.. Karma kah ini?? Aku yang pilih untuk jadi macam ni.. Terima jela baik buruknya.. Kalau dia betul-2 sayangkan aku.. Kenapa masih ada rahsia..? Kenapa macam nak sembunyikan sesuatu..? Aku usaha bina kepercayaa